SALAM PERSAUDARAAN SATU MALAYSIA SATU MAYA

Selamat datang dan terima kasih kerana kelapangan hati, minda, dan masa anda menelusuri laman blog saya yang sederhana ini.

Saya mengharapkan sumbangan komen, idea dan pandangan yang jujur dan ikhlas serta rasional. Sudah tentunya, pendapat yang bersandarkan fakta lebih dialu-alukan agar kita dapat menzahirkan wacana yang ilmiah dan profesional.

Atas dasar dan prinsip "memberi dan menerima" semoga kunjungan anda mendapat manfaat dan anda juga dapat memberi manfaat kepada blog ini khususnya serta para pengunjung yang lain amnya.

Terima kasih Daun Keladi...

Sunday, November 28, 2010

Tabiat Yang Ke 8 Menurut Stephen R. Covey

Very Very Important Ini Punya Pendapat......heheheeee
( VVIIPP ) - sedutan oleh:  Ahmadidin

(Lihat Video: 1. Max & Max  dalam  Laman Sesawang di atas.)


5 Zaman Suara Ketamadunan:

                                  5  ZAMAN  KETAMADUNAN

                           5.  ZAMAN  KEBIJAKSANAAN (Zaman sekarang)

                      4.  ZAMAN  INFORMASI / PEKERJA  BERPENGETAHUAN

                3.  ZAMAN  PERINDUSTRIAN ( Bermula Era Revolusi Perindustrian)

           2.  ZAMAN  PERTANIAN  (Zaman Mula Bercucuk Tanam)

      1.  ZAMAN  PEMBURU / PENGUMPUL  (Zaman Pra Tamadun)


2. Stephen R. Covey, dalam bukunya 'Tabiat Ke 8'2007, berkata:
"Adakah anda percaya bahawa zaman yang akan kita masuki iaitu Zaman Informasi/Pekerja Berpengetahuan akan mengeluarkan lima puluh kali ganda hasil dari Zaman Perindustrian? Saya percaya ia akan berlaku........... Zaman Informasi/Pekerja Berpengetahuan akan melebihi hasil Zaman Perindustrian sebanyak lima puluh kali ganda - bukan dua, bukan tiga, bukan sepuluh, tetapi lima puluh."

"Nathan Myhrvold, bekas ketua pegawai teknologi di Microsoft menjelaskan begini, "Pengeluar-pengeluar perisian komputer yang teratas adalah lebih produktif dari pengeluar-pengeluar perisian peringkat pertengahan bukan dengan faktor 10X atau 100X mahupun 1000X tetapi 10,000X."

3. Stephen R. Covey, dalam bukunya 'Tabiat Ke 8'2007, berkata:
Tabiat ke 8 ini, jadinya bukanlah tentang menambah satu lagi tabiat kepada yang 7 itu - satu tabiat yang entah bagaimana telah tertinggal. Ia berkaitan keupayaan melihat dan menggembleng tenaga dimensi ketiga 7 Tabiat yang dapat berhadapan dengan cabaran-cabaran zaman baru Pekerja Berpengetahuan."

"Tabiat Ke 8 adalah untuk anda Temui Suara Anda dan Membangkitkan Inspirasi Orang Lain untuk Menemui Suara Mereka."

Contoh: Muhammad Yunus, pengasas Bank Grameen, Bangladesh.

4. John Gardner, dalam Stephen R. Covey,2007, berkata,
"Kebanyakan organisasi yang tenat telah membentuk suatu keupayaan untuk menjadi buta kepada kepincangan mereka sendiri. Mereka menderita bukan disebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan masalah mereka, tetapi oleh kerana mereka tidak dapat melihat masalah mereka."

5. Einstein, dalam Stephen R. Covey,2007, berkata,
"Masalah-masalah terbesar yang kita hadapi tidak boleh diselesaikan dengan tahap pemikiran yang sama yang ada pada kita semasa kita menimbulkan masalah-masalah tersebut."

6. Stephen R. Covey dalam bukunya 'Tabiat Ke 8', 2007, berkata,
"Jika anda ingin melakukan perubahan yang meningkat dan penambahbaikan secara kecil-kecilan, beri tumpuan kepada amalan, tingkahlaku ataupun sikap. Tetapi sekiranya anda ingin melakukan penambahbaikan yang signifikan dan amat besar, beri tumpuan kepada paradigma."

Menurut Stephen R. Covey;
"Perkataan paradigma berasal dari perkataan Yunani(Greek) paradeigma, asalnya adalah satu istilah sains tetapi telah menjadi satu kebiasaan di mana penggunanya hari ini membawa maksud persepsi, andaian, teori, rangka rujukan ataupun lensa dari mana kita melihat dunia ini."

Menurut Stephen R. Covey lagi;
"Ianya adalah seperti sebuah peta sesuatu kawasan ataupun sebuah bandar. Sekiranya ia tidak tepat, segigih mana anda berusaha ataupun sepositif mana anda berfikir ia tidak akan membawa sebarang perbezaan - anda masih sesat. Sekiranya ia tepat, ketekunan dan sikap yang betul akan membawa makna."

Menurut Stephen R. Covey lagi;


CORAK PEMIKIRAN 'BENDA' ZAMAN PERINDUSTRIAN

Aset terbesar dan pendorong terpenting untuk kemajuan ekonomi Zaman Perindustrian adalah mesin dan modal - benda. Manusia adalah keperluan tetapi ia boleh ditukar ganti. Anda dapat mengawal dan mengeluarkan barangan melalui pekerja-pekerja manual dengan risiko yang rendah- bekalan pekerja melebihi permintaan. Anda hanya perlu mengambil pekerja-pekerja yang berkeupayaan yang akan menuruti prosedur-prosedur yang ketat. Manusia adalah seperti benda - dan anda boleh menjadi cekap dengan mereka. Apabila apa yang anda mahukan adalah hanya badan seseorang sahaja dan anda sebenarnya tidak mahukan minda, hati atau semangat mereka (iaitu perkara-perkara yang akan menghindar kelicinan proses zaman mesin), anda telah mengubah seseorang itu menjadi sebuah mesin.
Banyak daripada kaedah-kaedah pengurusan moden kita datang daripada Zaman Perindustrian,
Ia membuat kita percaya bahawa kita perlu mengawal dan mengurus manusia.

Ia membuat kita berpandangan mengikut sudut perakaunan, yang menjadikan manusia sebagai suatu perbelanjaan dan mesin sebagai aset. Fikirkannya. Manusia diletakkan didalam penyata Untung dan Rugi sebagai satu perbelanjaan; peralatan diletakkan didalam Kunci Kira-Kira sebagai suatu pelaburan. Ia memberi kita falsafah memotivasikan seseorang dengan cara ganjaran-dan-hukuman- teknik bodoh memotivasikan seseorang dengan menggantung ganjaran dihadapan dan didorong dari belakang dengan menakut-nakutkan dan hukuman.
Ia memberi kita belanjawan pusat - dimana trend dikira (ekstrapolasi) untuk menentukan perbelanjaan masa hadapan, hierarki dan birokrasi dibentuk untuk mendorong pencapaian keuntungan - suatu proses lapuk yang menghasilkan budaya mengampu dan membodek dimana manusia didorong untuk menghabiskan peruntukkan belanjawan supaya tidak kehilangan peruntukan tahun hadapan dan untuk hanya menjaga kepentingan jabatan atau organisasi anda.

Maka sayapun berkata  :        "KITA KERJA BERSAMA MANUSIA, 
                                              BUKAN ROBOT !!!"

selari dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata:

                                            "BEKERJALAH  BERSAMA-SAMA  SAYA,
                                             DAN  BUKAN  BEKERJA  UNTUK  SAYA"


Maka akhirnya Nabilpun berkatalah:   "LU  FIKIRLAH  SENDIRI !!"



No comments:

Post a Comment