SALAM PERSAUDARAAN SATU MALAYSIA SATU MAYA

Selamat datang dan terima kasih kerana kelapangan hati, minda, dan masa anda menelusuri laman blog saya yang sederhana ini.

Saya mengharapkan sumbangan komen, idea dan pandangan yang jujur dan ikhlas serta rasional. Sudah tentunya, pendapat yang bersandarkan fakta lebih dialu-alukan agar kita dapat menzahirkan wacana yang ilmiah dan profesional.

Atas dasar dan prinsip "memberi dan menerima" semoga kunjungan anda mendapat manfaat dan anda juga dapat memberi manfaat kepada blog ini khususnya serta para pengunjung yang lain amnya.

Terima kasih Daun Keladi...

Sunday, November 28, 2010

Tabiat Yang Ke 8 Menurut Stephen R. Covey

Very Very Important Ini Punya Pendapat......heheheeee
( VVIIPP ) - sedutan oleh:  Ahmadidin

(Lihat Video: 1. Max & Max  dalam  Laman Sesawang di atas.)


5 Zaman Suara Ketamadunan:

                                  5  ZAMAN  KETAMADUNAN

                           5.  ZAMAN  KEBIJAKSANAAN (Zaman sekarang)

                      4.  ZAMAN  INFORMASI / PEKERJA  BERPENGETAHUAN

                3.  ZAMAN  PERINDUSTRIAN ( Bermula Era Revolusi Perindustrian)

           2.  ZAMAN  PERTANIAN  (Zaman Mula Bercucuk Tanam)

      1.  ZAMAN  PEMBURU / PENGUMPUL  (Zaman Pra Tamadun)


2. Stephen R. Covey, dalam bukunya 'Tabiat Ke 8'2007, berkata:
"Adakah anda percaya bahawa zaman yang akan kita masuki iaitu Zaman Informasi/Pekerja Berpengetahuan akan mengeluarkan lima puluh kali ganda hasil dari Zaman Perindustrian? Saya percaya ia akan berlaku........... Zaman Informasi/Pekerja Berpengetahuan akan melebihi hasil Zaman Perindustrian sebanyak lima puluh kali ganda - bukan dua, bukan tiga, bukan sepuluh, tetapi lima puluh."

"Nathan Myhrvold, bekas ketua pegawai teknologi di Microsoft menjelaskan begini, "Pengeluar-pengeluar perisian komputer yang teratas adalah lebih produktif dari pengeluar-pengeluar perisian peringkat pertengahan bukan dengan faktor 10X atau 100X mahupun 1000X tetapi 10,000X."

3. Stephen R. Covey, dalam bukunya 'Tabiat Ke 8'2007, berkata:
Tabiat ke 8 ini, jadinya bukanlah tentang menambah satu lagi tabiat kepada yang 7 itu - satu tabiat yang entah bagaimana telah tertinggal. Ia berkaitan keupayaan melihat dan menggembleng tenaga dimensi ketiga 7 Tabiat yang dapat berhadapan dengan cabaran-cabaran zaman baru Pekerja Berpengetahuan."

"Tabiat Ke 8 adalah untuk anda Temui Suara Anda dan Membangkitkan Inspirasi Orang Lain untuk Menemui Suara Mereka."

Contoh: Muhammad Yunus, pengasas Bank Grameen, Bangladesh.

4. John Gardner, dalam Stephen R. Covey,2007, berkata,
"Kebanyakan organisasi yang tenat telah membentuk suatu keupayaan untuk menjadi buta kepada kepincangan mereka sendiri. Mereka menderita bukan disebabkan mereka tidak boleh menyelesaikan masalah mereka, tetapi oleh kerana mereka tidak dapat melihat masalah mereka."

5. Einstein, dalam Stephen R. Covey,2007, berkata,
"Masalah-masalah terbesar yang kita hadapi tidak boleh diselesaikan dengan tahap pemikiran yang sama yang ada pada kita semasa kita menimbulkan masalah-masalah tersebut."

6. Stephen R. Covey dalam bukunya 'Tabiat Ke 8', 2007, berkata,
"Jika anda ingin melakukan perubahan yang meningkat dan penambahbaikan secara kecil-kecilan, beri tumpuan kepada amalan, tingkahlaku ataupun sikap. Tetapi sekiranya anda ingin melakukan penambahbaikan yang signifikan dan amat besar, beri tumpuan kepada paradigma."

Menurut Stephen R. Covey;
"Perkataan paradigma berasal dari perkataan Yunani(Greek) paradeigma, asalnya adalah satu istilah sains tetapi telah menjadi satu kebiasaan di mana penggunanya hari ini membawa maksud persepsi, andaian, teori, rangka rujukan ataupun lensa dari mana kita melihat dunia ini."

Menurut Stephen R. Covey lagi;
"Ianya adalah seperti sebuah peta sesuatu kawasan ataupun sebuah bandar. Sekiranya ia tidak tepat, segigih mana anda berusaha ataupun sepositif mana anda berfikir ia tidak akan membawa sebarang perbezaan - anda masih sesat. Sekiranya ia tepat, ketekunan dan sikap yang betul akan membawa makna."

Menurut Stephen R. Covey lagi;


CORAK PEMIKIRAN 'BENDA' ZAMAN PERINDUSTRIAN

Aset terbesar dan pendorong terpenting untuk kemajuan ekonomi Zaman Perindustrian adalah mesin dan modal - benda. Manusia adalah keperluan tetapi ia boleh ditukar ganti. Anda dapat mengawal dan mengeluarkan barangan melalui pekerja-pekerja manual dengan risiko yang rendah- bekalan pekerja melebihi permintaan. Anda hanya perlu mengambil pekerja-pekerja yang berkeupayaan yang akan menuruti prosedur-prosedur yang ketat. Manusia adalah seperti benda - dan anda boleh menjadi cekap dengan mereka. Apabila apa yang anda mahukan adalah hanya badan seseorang sahaja dan anda sebenarnya tidak mahukan minda, hati atau semangat mereka (iaitu perkara-perkara yang akan menghindar kelicinan proses zaman mesin), anda telah mengubah seseorang itu menjadi sebuah mesin.
Banyak daripada kaedah-kaedah pengurusan moden kita datang daripada Zaman Perindustrian,
Ia membuat kita percaya bahawa kita perlu mengawal dan mengurus manusia.

Ia membuat kita berpandangan mengikut sudut perakaunan, yang menjadikan manusia sebagai suatu perbelanjaan dan mesin sebagai aset. Fikirkannya. Manusia diletakkan didalam penyata Untung dan Rugi sebagai satu perbelanjaan; peralatan diletakkan didalam Kunci Kira-Kira sebagai suatu pelaburan. Ia memberi kita falsafah memotivasikan seseorang dengan cara ganjaran-dan-hukuman- teknik bodoh memotivasikan seseorang dengan menggantung ganjaran dihadapan dan didorong dari belakang dengan menakut-nakutkan dan hukuman.
Ia memberi kita belanjawan pusat - dimana trend dikira (ekstrapolasi) untuk menentukan perbelanjaan masa hadapan, hierarki dan birokrasi dibentuk untuk mendorong pencapaian keuntungan - suatu proses lapuk yang menghasilkan budaya mengampu dan membodek dimana manusia didorong untuk menghabiskan peruntukkan belanjawan supaya tidak kehilangan peruntukan tahun hadapan dan untuk hanya menjaga kepentingan jabatan atau organisasi anda.

Maka sayapun berkata  :        "KITA KERJA BERSAMA MANUSIA, 
                                              BUKAN ROBOT !!!"

selari dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata:

                                            "BEKERJALAH  BERSAMA-SAMA  SAYA,
                                             DAN  BUKAN  BEKERJA  UNTUK  SAYA"


Maka akhirnya Nabilpun berkatalah:   "LU  FIKIRLAH  SENDIRI !!"



Sunday, November 7, 2010

"Saya rasa...." ATAU "Saya fikir...." ???

Menjawab persoalan adik Ana Qurratu'aini tentang memimpin diri sendiri tu, memang betul pandangan adik tu. Kepimpinan yang paling asas ialah memimpin diri sendiri. Pada uncle, untuk memimpin diri dengan baik, kita beri tumpuan kepada memimpin tiga bahagian dalam tubuh kita; iaitu Otak, Perut, dan Hati. Kita Pimpin Otak kita, kita bimbing perut kita, dan kita kawal hati kita. (Pimpin=Otak, Bimbing=Perut, Kawal=Hati). 

Otak ialah kemudi dalam pelayaran bahtera hidup kita. Gagal mengemudi(pimpin) otak maka kita akan hanyut entah kemana@tak mencapai matlamat yang diimpikan. 

Perut ialah pundi untuk kita menakung sumber segala sel yang membentuk dan membina fizikal tubuh kita. Kegagalan kita membimbing perut boleh menyebabkan kita kekadang sakit perut dan cirit-birit kerana mungkin termakan makanan yang beracun. Tambah lagi, kemungkinan juga kita boleh tersesat memakan makanan yang haram maka akibatnya sangat berat kerana benda yang haram akan menjadi sebahagian dari tubuh yang kekal sepanjang hayat. Benda yang haram juga membawa natijah dosa di hari akhirat kelak.

Hati, bagaikan syaitan dan iblis yang sentiasa ternganga untuk mencari peluang menyesatkan manusia sebagaimana ia telah bersumpah di hadapan Allah SWT. Oleh itu, hati(perasaan) jangan sekali-kali kita beri muka untuk membuat keputusan apa tindakan yang perlu kita buat. Itu namanya, mengikut kata hati atau mengikut kehendak hati. Lebih teruk lagi disebut mengikut hawa nafsu. So, hati mesti dikawal dengan cara; "ikut kata akal" JANGAN "ikut kata hati!" Pernah tak Ana dengar orang kata; "Kalau ikutkan hati saya, mau saja saya terajang dia!!"

Uncle nak bagi tips; 
Di mana-mana kita sangat biasa terdengar orang kata; "saya rasa...", "saya rasa..", "saya rasa..." Ini sebenarnya menunjukkan kita mengikut 'rasa' atau perasaan. 

Mulai, selepas baca tips ini, marilah kita ubah 'statement itu dengan "Saya fikir...elok kita buat macam ni." "Saya fikir, kalau kita bincang lebih lanjut mungkin kita boleh buat keputusan yang lebih baik." "Saya fikir...."

Dengan menggunakan Kata "saya fikir..." mudah2an kita betul2 menggunakan dan mengamalkan akal dan fikiran kita untuk membuat sebarang keputusan apa tindakan yang perlu kita buat, maka kita tidak lagi bertindak mengikut perasaan atau hawa nafsu...

Monday, November 1, 2010

"PERASAN"

Perkataan 'perasan' kebanyakan digunakan di semenanjung Malaysia atau oleh orang-orang yang berasal dari sana. Dalam Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti, 1994 yang ditulis oleh Arbak Othman, mencatatkan maksud perkataan 'perasan' seperti ini: "...berasa bangga akan dirinya sendiri; membangga diri terhadap kejayaannya; Gadis-gadis cantik biasanya perasan akan kecantikannya.  Berperasan berasa bongkak; berasa megah: Manusia yang berperasan tidak disukai oleh Allah.


Secara umumnya, sikap manusia terbahagi dua iaitu; sikap yang baik dan sikap yang tidak baik.  Sikap yang tidak baik pula terbahagi kepada dua, iaitu sikap bersifat luaran dan sikap yang bersifat dalaman. Contoh sikap bersifat luaran ialah seperti berbohong, menipu, mencuri, merompak dan sebagainya. Ianya agak nyata pada pandangan mata kasar orang lain. Manakala  bersifat dalaman ialah seperti bersikap pendengki, pendendam, dan termasuklah 'perasan'.

Secara peribadi, saya meletakkan sikap 'perasan' sebagai elemen yang menjadi kepala kepada kelahiran sikap-sikap tidak baik atau biasa disebut sebagai sikap jahat yang lain-lainnya. Saya berkata demikian kerana seseorang yang mempunyai sikap perasan tidak akan menghormati orang lain.  Dia akan merasa dirinyalah yang serba tahu. Dirinyalah yang serba boleh.  Dirinyalah yang mampu.  Dirinyalah yang hebat.  Dirinyalah yang kaya.  Dirinyalah yang cantik.  Dirinyalah yang kuat.  Dirinyalah yang paling pandai.  Dan dirinyalah yang apa-apa saja yang sewaktu dengan sikap perasan itu...

Dalam keadaan seseorang yang sedang merasakan dirinya perasan berada pada kedudukan seperti yang saya sebutkan di atas tiba-tiba dibuktikan ada orang lain yang lebih mengatasinya..maka akan timbul niat jahatnya disebabkan oleh dorongan tidak mengaku kalah.  Tidak mahu kalah. Dan dia selalunya tidak akan mengalah. Sikap perasan sangat didokong oleh tabiat tidak suka mengaku kalah. Atas sebab tidak mahu mengaku kalah inilah maka dorongan niat jahat akan muncul dalam hati kecilnya untuk merosakkan, menidakkan dan menyahkan orang yang sedang menjadi ancaman kepada status dirinya yang dia perasan itu. Lalu akan timbullah pula sikap-sikap jahatnya yang lain, seperti menipu, berbohong, memanipulasi, hipokrit dan lain-lain lagi yang akan dilakukannya semata-mata untuk menghapuskan orang yang dia rasa sedang mengancam kedudukannya.

Berkait rapat dengan tabiat "perasan" ini, berikut beberapa contoh tabiat yang dinyatakan oleh Michael S. Wade,(Jumaat 10 September 2010, 23:37 SGT) dan disebut oleh beliau sebagai:

7 Toxic Attitudes That Can Harm Your Career

"There are certain attitudes that you will not find among successful employees. These attitudes resemble illnesses and if left unchecked, can destroy careers. Here are some of the most common:

1. "If they promote me, I'll show them how capable I am." This person has the process exactly reversed. Capability needs to be demonstrated in order to secure the promotion. This means doing far more than the basics of the job. It requires extraordinary performance and loads of initiative.

2. "I won't turn down any requests because I want to have a reputation as a can-do person." This is more controversial. I know of some consultants who recommend this approach. Unfortunately, there are some projects that will consume too much time and will seriously inhibit the successful performance of other, more important projects. A person who overpromises and then underperforms is unlikely to succeed. The successful person knows his or her limitations and carefully explains the choice of priorities. You succeed both by the projects you take on and the ones you avoid.

3. "I'm going to stick with this until I make it a success." Persistence is admirable, but it can become foolish. The persistent person needs to learn when to drop projects that have become a drain of resources and time.

4. "I'm a turn-around artist." That may be the case and there's no doubt that such skills can be sorely needed. Turn-around artists should recognize, however, that they have short shelf lives. Eventually, management will want to put this wizard into another hot spot. If the turn-around artist wants to stay put, new skills will have to be acquired and new expectations negotiated.

5. "I don't need people skills. I'm in a technical position." If the lack of people skills is not noticeable, the techie may be safe. If it becomes an issue, a very harsh lesson may be coming.

6. "I'm a perfectionist." That's all well and good, but the perfectionist had better be able to meet deadlines. As Ronald Reagan quipped about his B-movie career, "They didn't want it good. They wanted it Thursday."
[Find more job advice at U.S. News Careers.]

7. "I don't have time to schmooze." Finding some would be wise. Isolation from others keeps out important information and reduces influence. It can be amazing how much can be accomplished today because time was taken for a cup of coffee with another manager six months ago."

Friday, October 29, 2010

TIGA JENIS MAKANAN TIGA JENIS MANUSIA

Selama ini, kebanyakan orang berfikir, bila saja sebut 'makan', spontan ia terkait atau dikaitkan dengan 'perut.'  Minda kita secara otomatis(kata bahasa Indonesia) menjana kata 'perut' bila rangsangan yang diberi ialah 'makan.'

Sebenarnya, selain makanan yang tempat sinonimnya ialah perut, ada dua jenis lagi makanan yang juga dimasukkan ke dalam dua bahagian dalam tubuh badan kita.

Situasinya
Makanan yang kita makan dan minum tujuannya ialah untuk pembentukan sel2 tubuh badan.  Untuk tujuan maintain atau tumbesaran fizikal tubuh.  Orang yang kurang makan, tubuh badannya kurus kering tak berapa berisi.  Sebaliknya, orang yang banyak makan, tubuh badannya jadi gemuk dan besar.  Makan untuk tumbesaran tubuh ini terbahagi kepada dua jenis .  makanan yang berkhasiat dan makanan yang jenis beracun.  Makanan yang berkhasiat sudah tentu boleh menyebabkan badan jadi sihat dan cergas. Tetapi, makanan yang beracun boleh merosakkan tubuh badan, malah hingga membawa maut.

Selain perut, yang perlu diisi dengan bahan makanan, satu bahagian lagi ialah otak.  "HahH???  Otak pun nak diisi makanan???  Biar betul ni Didin..???"  Ya.  Memang betul.  Otak sangat-sangat memerlukan makanan.  Jenis makanannya ialah; maklumat, ilmu, pengetahuan dan pengalaman.  Sebagaimana perut yang kena diisi saban hari, otak juga sangat baik kalau diisi sekerap yang boleh.  Lebih banyak makanan diberi kepada otak maka lebih bijaksanalah empunya otak. Hanya bezanya dengan tubuh badan, makanan bagi otak tidak menyumbang kepada perubahan fizikal, tetapi ia menyumbang pula kepada kecerdasan dan kebijaksanaan serta daya berfikir yang tinggi.  Cuba anda bayangkan, bagaimana kalau otak tidak diberi makan?  Apakah gelaran yang biasa kita beri kepada orang-orang yang otaknya tidak mendapat makanan yang secukupnya ?

Seperkara lagi, kalau makanan bagi perut ada yang berkhasiat dan ada yang beracun, maka makanan bagi otak juga sama, ada yang berkhasiat dan ada juga yang beracun.  Makanan berkhasiat bagi otak ialah maklumat2, ilmu dan pengetahuan yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan.  Manakala jenis makanan beracun bagi otak ialah yang biasa kita sebut sebagai bahan2 pornografi, bahan2 anti agama, bahan2 anti budaya dan adat resam, dan pelbagai lagi maklumat2 yang negatif serta boleh membawa natijah negatif kepada kehidupan.

Bahagian ketiga yang perlu diberi makan ialah hati.  Makanan bagi hati bersifat amalan. Jenis-jenis makanannya ialah seperti; Berzikir, bertasbih dan bertahmid. Bersabar, bertolak ansur, perasaan marah, rasa benci, kasih sayang, suka, duka, dan seumpamanya..  Orang-orang yang rajin beramal ibadat adalah orang-orang yang rajin memberi makan kepada hatinya dengan makanan hati jenis yang baik dan berkhasiat.  Begitu juga orang-orang yang mengamalkan sifat2 sabar, baik hati, penyayang, pemurah, insaf, khusyu dan tawadhuk.  Sebaliknya, orang yang agresif, tidak sabar, bengis, pemarah, garang, dengki, dan sebagainya adalah orang-orang yang suka memberi makanan kepada hatinya dengan makanan yang beracun.

Moralnya
Ingatlah bahawa terdapat tiga bahagian dalam tubuh badan kita yang sangat memerlukan makanan dan perlu sentiasa diberi makan iaitu; perut, otak dan hati.  Jika diabaikan salah satu daripadanyapun sudah cukup memberi impak yang besar dalam kehidupan kita.

Pengajarannya
1. Bagi tujuan kesihatan dan kecergasan fizikal badan, sentiasalah memakan makanan yang berkhasiat dan halal.
2. Bagi tujuan kebijaksanaan dan kejayaan, membacalah sebanyak mungkin dan merantau, meneroka dan mentelaahlah sebanyak mungkin demi mendapatkan maklumat ilmu dan pengetahuan sebanyak yang boleh.
Ada seseorang bijakpandai yang berkata; "sesiapa yang mendapat maklumat yang pertama(1st hand information), maka dia telah mendapat kuasa yang boleh mempengaruhi kejayaan mahupun kegagalan orang lain."
3. Bagi tujuan menjadi insan yang kamil, amalkanlah sifat2 yang baik demi kesejahteraan dan keharmonian hidup fiddunya wal akhiroh..

(Bersambung.................nantikan sambungannya di catatan akan datang.....)

Thursday, October 28, 2010

MAKSUD MEMIMPIN DAN PERANAN PEMIMPIN

Pernah saya terdengar seorang tokoh pemberita berkata lebih kurang berbunyi; "Tidak pernah saya melihat sekolah yang baik dipimpin oleh guru besar yang tidak baik, dan tidak pernah saya lihat sekolah yang tidak baik dipimpin oleh guru besar yang baik."

Ia jelas bermaksud; sekolah yang baik sudah tentu dipimpin oleh guru besar yang baik. Manakala guru besar yang tidak baik akan menyebabkan sekolah yang dipimpinnya turut menjadi tidak baik.  Saya tidak perlu memperincikan maksud 'baik' dan 'tidak baik' sebab para pembaca tahu secara umumnya.  Apa yang ingin saya beri penekanan di sini ialah hukum perkaitan antara dua situasi iaitu; "Baik" menghasilkan "Yang baik", manakala "Yang Tidak Baik" menghasilkan "Yang Tidak Baik."

Situasinya
Situasi Pemimpin A
Situasi yang biasa saya lihat dan alami bagi "pemimpin yang tidak baik" saya boleh berikan salah satu cirinya dalam contoh analogi seperti berikut; Seorang pemimpin A tertekan dan merasa marah terhadap orang bawahannya yang tidak produktif. Mereka juga tidak berkembang dari aspek kemajuan kerjaya dan kualiti diri. Pemimpin A merasa tertekan kerana dibandingkan dengan staf dalam organisasi saingannya dirasakan sudah jauh maju dan berjaya.  Pemimpin A mahu orang-orang bawahannya berfikir dan berusaha untuk memajukan diri masing-masing.

Tindakan Penyelesaian Negatif
Lalu si Pemimpin A bertindak menghantar sms kepada semua staf yang tidak disenanginya dengan kata-kata tuduhan dan provokasi bahawa mereka sudah ketinggalan zaman, tidak berfikir dan tidak pandai menggunakan teknologi terkini, sedangkan pihak lawan sudah jauh lebih maju.

Situasi Pemimpin B
Dalam konteks "Pemimpin Yang Baik"; Pemimpin B mengalami situasi yang sama dengan pemimpin A.  Berhadapan dengan stafnya yang tidak produktif. Mereka juga tidak berkembang dari aspek kemajuan kerjaya dan kualiti diri. Pemimpin B tidak merasa tertekan, sebaliknya duduk berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagaimana staf bawahannya boleh berubah menjadi maju. Dia berfikir bahawa menjadi tugas dan tanggungjawabnya untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Tindakan Penyelesaian Positif
Pemimpin B, merancang mengadakan satu kursus pembangunan staf.  Dia sendiri mahu mengubah staf bawahannya ke arah kemajuan dan perubahan yang diingininya selaras dengan perubahan serta keperluan zaman sekarang.

Moralnya.
Perbandingan kedua-dua pemimpin; Pemimpin A tidak berfikir dan tidak merancang apa yang patut dilakukannya untuk memperbaiki kelemahan dalam organisasinya.  Dia mahu orang bawahannya sendiri sedar dan berfikir untuk memajukan diri mereka.

Sebaliknya, bagi pemimpin B, dia yang duduk bertafakkur dan berfikir panjang, apa yang patut dilakukannya untuk menyelesaikan masalah dalaman organisasinya. Keputusannya untuk mengadakan kursus perkembangan staf adalah satu contoh pemimpim bertindak "memimpin" orang bawahannya ke arah kemajuan.

Sedangkan, bagi pemimpin A, dia tidak bertindak memimpin orang-orangnya, sebaliknya dia menyerahkan kepada orang bawahannya sendiri untuk masing-masing mencari penyelesaian. Tindakannya menyebarkan sms yang bersifat provokasi akhirnya menyebabkan orang bawahannya merasa marah kerana dituduh ketinggalan zaman dan menyebabkan mereka semakin tidak memberi kerjasama dan tidak menyokong pemimpin A.

Pengajarannya
Jangan fikiir anda ada kuasa maka anda gunakan kemarahan untuk mendidik orang lain supaya berubah.  Sebaliknya, gunakanlah akal untuk berfikir apa yang anda boleh lakukan untuk membawa perubahan seperti mana yang anda inginkan.