Pernah saya terdengar seorang tokoh pemberita berkata lebih kurang berbunyi; "Tidak pernah saya melihat sekolah yang baik dipimpin oleh guru besar yang tidak baik, dan tidak pernah saya lihat sekolah yang tidak baik dipimpin oleh guru besar yang baik."
Ia jelas bermaksud; sekolah yang baik sudah tentu dipimpin oleh guru besar yang baik. Manakala guru besar yang tidak baik akan menyebabkan sekolah yang dipimpinnya turut menjadi tidak baik. Saya tidak perlu memperincikan maksud 'baik' dan 'tidak baik' sebab para pembaca tahu secara umumnya. Apa yang ingin saya beri penekanan di sini ialah hukum perkaitan antara dua situasi iaitu; "Baik" menghasilkan "Yang baik", manakala "Yang Tidak Baik" menghasilkan "Yang Tidak Baik."
Situasinya
Situasi Pemimpin A
Situasi yang biasa saya lihat dan alami bagi "pemimpin yang tidak baik" saya boleh berikan salah satu cirinya dalam contoh analogi seperti berikut; Seorang pemimpin A tertekan dan merasa marah terhadap orang bawahannya yang tidak produktif. Mereka juga tidak berkembang dari aspek kemajuan kerjaya dan kualiti diri. Pemimpin A merasa tertekan kerana dibandingkan dengan staf dalam organisasi saingannya dirasakan sudah jauh maju dan berjaya. Pemimpin A mahu orang-orang bawahannya berfikir dan berusaha untuk memajukan diri masing-masing.
Tindakan Penyelesaian Negatif
Lalu si Pemimpin A bertindak menghantar sms kepada semua staf yang tidak disenanginya dengan kata-kata tuduhan dan provokasi bahawa mereka sudah ketinggalan zaman, tidak berfikir dan tidak pandai menggunakan teknologi terkini, sedangkan pihak lawan sudah jauh lebih maju.
Situasi Pemimpin B
Dalam konteks "Pemimpin Yang Baik"; Pemimpin B mengalami situasi yang sama dengan pemimpin A. Berhadapan dengan stafnya yang tidak produktif. Mereka juga tidak berkembang dari aspek kemajuan kerjaya dan kualiti diri. Pemimpin B tidak merasa tertekan, sebaliknya duduk berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagaimana staf bawahannya boleh berubah menjadi maju. Dia berfikir bahawa menjadi tugas dan tanggungjawabnya untuk mencari jalan penyelesaiannya.
Tindakan Penyelesaian Positif
Pemimpin B, merancang mengadakan satu kursus pembangunan staf. Dia sendiri mahu mengubah staf bawahannya ke arah kemajuan dan perubahan yang diingininya selaras dengan perubahan serta keperluan zaman sekarang.
Moralnya.
Perbandingan kedua-dua pemimpin; Pemimpin A tidak berfikir dan tidak merancang apa yang patut dilakukannya untuk memperbaiki kelemahan dalam organisasinya. Dia mahu orang bawahannya sendiri sedar dan berfikir untuk memajukan diri mereka.
Sebaliknya, bagi pemimpin B, dia yang duduk bertafakkur dan berfikir panjang, apa yang patut dilakukannya untuk menyelesaikan masalah dalaman organisasinya. Keputusannya untuk mengadakan kursus perkembangan staf adalah satu contoh pemimpim bertindak "memimpin" orang bawahannya ke arah kemajuan.
Sedangkan, bagi pemimpin A, dia tidak bertindak memimpin orang-orangnya, sebaliknya dia menyerahkan kepada orang bawahannya sendiri untuk masing-masing mencari penyelesaian. Tindakannya menyebarkan sms yang bersifat provokasi akhirnya menyebabkan orang bawahannya merasa marah kerana dituduh ketinggalan zaman dan menyebabkan mereka semakin tidak memberi kerjasama dan tidak menyokong pemimpin A.
Pengajarannya
Jangan fikiir anda ada kuasa maka anda gunakan kemarahan untuk mendidik orang lain supaya berubah. Sebaliknya, gunakanlah akal untuk berfikir apa yang anda boleh lakukan untuk membawa perubahan seperti mana yang anda inginkan.
SALAM PERSAUDARAAN SATU MALAYSIA SATU MAYA
Selamat datang dan terima kasih kerana kelapangan hati, minda, dan masa anda menelusuri laman blog saya yang sederhana ini.
Saya mengharapkan sumbangan komen, idea dan pandangan yang jujur dan ikhlas serta rasional. Sudah tentunya, pendapat yang bersandarkan fakta lebih dialu-alukan agar kita dapat menzahirkan wacana yang ilmiah dan profesional.
Atas dasar dan prinsip "memberi dan menerima" semoga kunjungan anda mendapat manfaat dan anda juga dapat memberi manfaat kepada blog ini khususnya serta para pengunjung yang lain amnya.
Terima kasih Daun Keladi...
Thursday, October 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perkongsian yg menarik..tq uncle..:)
ReplyDeletemacam ngam plak dgn subjek pengajian perniagaan yg sy study.. sesungguhnye ade 3 gaya kepimpinan seorang pemimpin dalam badan organisasi..
1. kepimpinan aotokratik
2. kepimpinan demokratik
3. kepimpinan laissez faire
plg bgus demokratik la..:)n pemimpin B ne mmg menepati tugas nye sebagai pemimpin yg bertindak sebagai penyelesai masalah.
ngam la uncle share bnd ne..leh reverse back skit ape da study..hehehee^^
Tima kasih yana. Uncle skadar nak kongsi2 apa yang boleh dan apa yang ada dalam otak uncle. Kalau simpan je sayang dan membazir. Memang betullah 3 jenis pemimpin tu. Menurut Dr. Hjh. Asmah bt. Ahmad, kepimpinan demokratik tu juga disebut sebagai "Participatory", dan kepimpinan autokratik pula disebut juga sebagai "Heroic".
ReplyDeleteApa yang saya tulis di atas, boleh diaplikasikan dalam pelbagai peringkat. Dari peringkat sekecil2nya dalam sebuah keluarga; ayah yang baik(pemimpin B), tidak terjerit2 untuk memimpin dan mendidik anak2nya, sebaliknya memikirkan pelbagai cara untuk memimpin tangan anak2nya ke arah keharmonian,kebahagiaan dan kejayaan.
Begitu juga hinggalah ke peringkat Ahli2 Yang Berhormat..
erm..btul tue uncle..:)
ReplyDeletesemua org tidak pernah lari dgn tugas sebagai pemimpin baik utk dirinya atau orang lain..
kdg2 kite juge perlu pimpin dri kite..
btul ke tue uncle??
semoge kita semue same2 dapat menjadi pemimpin yg berkaliber!!insyaAllah..
Ana, memang betul pandangan u tu. Kepimpinan yang paling asas ialah memimpin diri sendiri. Pada uncle, untuk memimpin diri dengan baik, kita beri tumpuan kepada memimpin tiga bahagian dalam tubuh kita; iaitu Otak, Perut, dan Hati. Kita Pimpin Otak kita, kita bimbing perut kita, dan kita kawal hati kita. (Pimpin=Otak, Bimbing=Perut, Kawal=Hati).
ReplyDeleteOtak ialah kemudi dalam pelayaran bahtera hidup kita. Gagal mengemudi(pimpin) otak maka kita akan hanyut entah kemana@tak mencapai matlamat yang diimpikan.
Perut ialah pundi untuk kita menakung sumber segala sel yang membentuk dan membina fizikal tubuh kita. Kegagalan kita membimbing perut boleh menyebabkan kita kekadang sakit perut dan cirit-birit kerana mungkin termakan makanan yang beracun. Tambah lagi, kemungkinan juga kita boleh tersesat memakan makanan yang haram maka akibatnya sangat berat kerana benda yang haram akan menjadi sebahagian dari tubuh yang kekal sepanjang hayat. Benda yang haram juga membawa natijah dosa di hari akhirat kelak.
Hati, bagaikan syaitan dan iblis yang sentiasa ternganga untuk mencari peluang menyesatkan manusia sebagaimana ia telah bersumpah di hadapan Allah SWT. Oleh itu, hati(perasaan) jangan sekali-kali kita beri muka untuk membuat keputusan apa tindakan yang perlu kita buat. Itu namanya, mengikut kata hati atau mengikut kehendak hati. Lebih teruk lagi disebut mengikut hawa nafsu. So, hati mesti dikawal dengan cara; "ikut kata akal" JANGAN "ikut kata hati!" Pernah tak Ana dengar orang kata; "Kalau ikutkan hati saya, mau saja saya terajang dia!!"
Uncle nak bagi tips;
Di mana-mana kita sangat biasa terdengar orang kata; "saya rasa...", "saya rasa..", "saya rasa..." Ini sebenarnya menunjukkan kita mengikut 'rasa' atau perasaan.
Mulai, selepas baca tips ini, marilah kita ubah 'statement itu dengan "Saya fikir...elok kita buat macam ni." "Saya fikir, kalau kita bincang lebih lanjut mungkin kita boleh buat keputusan yang lebih baik." "Saya fikir...."
Dengan menggunakan Kata "saya fikir..." mudah2an kita betul2 menggunakan dan mengamalkan akal dan fikiran kita untuk membuat sebarang keputusan apa tindakan yang perlu kita buat, maka kita tidak lagi bertindak mengikut perasaan atau hawa nafsu...
"pimpin otak, bimbing perut dan kawal hati"..alhamdulillah..terima kasih uncle!!
ReplyDeletecukup jelas dan sangat menarik.^^
ermm..btul tue uncle..mmg slalu sy dgr orang ckp "kalau ikutkan hati saya, mahu saja saya terajang dia"
mmg nmpak sngt ikutkan hati dan perasaan kn? kelak binasa diri dan orang lain.
so, insyaAllah..mulai dr sekarang same2 kita tukar pd "saya fikir.."
bermaksud kita gune akal fikiran tok bwt or putuskan sesuatu..bukan gune hati..:)
ya!!...suke3x..terima kasih..
ohye..lupe..hari itu befday uncle plak kn.?hehe..lmbt suda ne mo wish..
ReplyDeletekite beza 2 hari jak tue uncle..sy 6 nov..
so hepi belated befday uncle!!
semoga terus menjadi seorg pemimpin
(suami, bapa, guru) yg berjaya dunia akhirat..insyaAllah..
TQ 4 d wish ana. Uncle wish gak la epy bestday untuk ana. Semoga ana sentiasa sihat dan ceria, serta selslu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi..
ReplyDeleteinsyaALLAH..terima kasih uncle..:)
ReplyDelete