SALAM PERSAUDARAAN SATU MALAYSIA SATU MAYA

Selamat datang dan terima kasih kerana kelapangan hati, minda, dan masa anda menelusuri laman blog saya yang sederhana ini.

Saya mengharapkan sumbangan komen, idea dan pandangan yang jujur dan ikhlas serta rasional. Sudah tentunya, pendapat yang bersandarkan fakta lebih dialu-alukan agar kita dapat menzahirkan wacana yang ilmiah dan profesional.

Atas dasar dan prinsip "memberi dan menerima" semoga kunjungan anda mendapat manfaat dan anda juga dapat memberi manfaat kepada blog ini khususnya serta para pengunjung yang lain amnya.

Terima kasih Daun Keladi...

Friday, October 29, 2010

TIGA JENIS MAKANAN TIGA JENIS MANUSIA

Selama ini, kebanyakan orang berfikir, bila saja sebut 'makan', spontan ia terkait atau dikaitkan dengan 'perut.'  Minda kita secara otomatis(kata bahasa Indonesia) menjana kata 'perut' bila rangsangan yang diberi ialah 'makan.'

Sebenarnya, selain makanan yang tempat sinonimnya ialah perut, ada dua jenis lagi makanan yang juga dimasukkan ke dalam dua bahagian dalam tubuh badan kita.

Situasinya
Makanan yang kita makan dan minum tujuannya ialah untuk pembentukan sel2 tubuh badan.  Untuk tujuan maintain atau tumbesaran fizikal tubuh.  Orang yang kurang makan, tubuh badannya kurus kering tak berapa berisi.  Sebaliknya, orang yang banyak makan, tubuh badannya jadi gemuk dan besar.  Makan untuk tumbesaran tubuh ini terbahagi kepada dua jenis .  makanan yang berkhasiat dan makanan yang jenis beracun.  Makanan yang berkhasiat sudah tentu boleh menyebabkan badan jadi sihat dan cergas. Tetapi, makanan yang beracun boleh merosakkan tubuh badan, malah hingga membawa maut.

Selain perut, yang perlu diisi dengan bahan makanan, satu bahagian lagi ialah otak.  "HahH???  Otak pun nak diisi makanan???  Biar betul ni Didin..???"  Ya.  Memang betul.  Otak sangat-sangat memerlukan makanan.  Jenis makanannya ialah; maklumat, ilmu, pengetahuan dan pengalaman.  Sebagaimana perut yang kena diisi saban hari, otak juga sangat baik kalau diisi sekerap yang boleh.  Lebih banyak makanan diberi kepada otak maka lebih bijaksanalah empunya otak. Hanya bezanya dengan tubuh badan, makanan bagi otak tidak menyumbang kepada perubahan fizikal, tetapi ia menyumbang pula kepada kecerdasan dan kebijaksanaan serta daya berfikir yang tinggi.  Cuba anda bayangkan, bagaimana kalau otak tidak diberi makan?  Apakah gelaran yang biasa kita beri kepada orang-orang yang otaknya tidak mendapat makanan yang secukupnya ?

Seperkara lagi, kalau makanan bagi perut ada yang berkhasiat dan ada yang beracun, maka makanan bagi otak juga sama, ada yang berkhasiat dan ada juga yang beracun.  Makanan berkhasiat bagi otak ialah maklumat2, ilmu dan pengetahuan yang boleh menyumbang kepada kemajuan dan kejayaan.  Manakala jenis makanan beracun bagi otak ialah yang biasa kita sebut sebagai bahan2 pornografi, bahan2 anti agama, bahan2 anti budaya dan adat resam, dan pelbagai lagi maklumat2 yang negatif serta boleh membawa natijah negatif kepada kehidupan.

Bahagian ketiga yang perlu diberi makan ialah hati.  Makanan bagi hati bersifat amalan. Jenis-jenis makanannya ialah seperti; Berzikir, bertasbih dan bertahmid. Bersabar, bertolak ansur, perasaan marah, rasa benci, kasih sayang, suka, duka, dan seumpamanya..  Orang-orang yang rajin beramal ibadat adalah orang-orang yang rajin memberi makan kepada hatinya dengan makanan hati jenis yang baik dan berkhasiat.  Begitu juga orang-orang yang mengamalkan sifat2 sabar, baik hati, penyayang, pemurah, insaf, khusyu dan tawadhuk.  Sebaliknya, orang yang agresif, tidak sabar, bengis, pemarah, garang, dengki, dan sebagainya adalah orang-orang yang suka memberi makanan kepada hatinya dengan makanan yang beracun.

Moralnya
Ingatlah bahawa terdapat tiga bahagian dalam tubuh badan kita yang sangat memerlukan makanan dan perlu sentiasa diberi makan iaitu; perut, otak dan hati.  Jika diabaikan salah satu daripadanyapun sudah cukup memberi impak yang besar dalam kehidupan kita.

Pengajarannya
1. Bagi tujuan kesihatan dan kecergasan fizikal badan, sentiasalah memakan makanan yang berkhasiat dan halal.
2. Bagi tujuan kebijaksanaan dan kejayaan, membacalah sebanyak mungkin dan merantau, meneroka dan mentelaahlah sebanyak mungkin demi mendapatkan maklumat ilmu dan pengetahuan sebanyak yang boleh.
Ada seseorang bijakpandai yang berkata; "sesiapa yang mendapat maklumat yang pertama(1st hand information), maka dia telah mendapat kuasa yang boleh mempengaruhi kejayaan mahupun kegagalan orang lain."
3. Bagi tujuan menjadi insan yang kamil, amalkanlah sifat2 yang baik demi kesejahteraan dan keharmonian hidup fiddunya wal akhiroh..

(Bersambung.................nantikan sambungannya di catatan akan datang.....)

Thursday, October 28, 2010

MAKSUD MEMIMPIN DAN PERANAN PEMIMPIN

Pernah saya terdengar seorang tokoh pemberita berkata lebih kurang berbunyi; "Tidak pernah saya melihat sekolah yang baik dipimpin oleh guru besar yang tidak baik, dan tidak pernah saya lihat sekolah yang tidak baik dipimpin oleh guru besar yang baik."

Ia jelas bermaksud; sekolah yang baik sudah tentu dipimpin oleh guru besar yang baik. Manakala guru besar yang tidak baik akan menyebabkan sekolah yang dipimpinnya turut menjadi tidak baik.  Saya tidak perlu memperincikan maksud 'baik' dan 'tidak baik' sebab para pembaca tahu secara umumnya.  Apa yang ingin saya beri penekanan di sini ialah hukum perkaitan antara dua situasi iaitu; "Baik" menghasilkan "Yang baik", manakala "Yang Tidak Baik" menghasilkan "Yang Tidak Baik."

Situasinya
Situasi Pemimpin A
Situasi yang biasa saya lihat dan alami bagi "pemimpin yang tidak baik" saya boleh berikan salah satu cirinya dalam contoh analogi seperti berikut; Seorang pemimpin A tertekan dan merasa marah terhadap orang bawahannya yang tidak produktif. Mereka juga tidak berkembang dari aspek kemajuan kerjaya dan kualiti diri. Pemimpin A merasa tertekan kerana dibandingkan dengan staf dalam organisasi saingannya dirasakan sudah jauh maju dan berjaya.  Pemimpin A mahu orang-orang bawahannya berfikir dan berusaha untuk memajukan diri masing-masing.

Tindakan Penyelesaian Negatif
Lalu si Pemimpin A bertindak menghantar sms kepada semua staf yang tidak disenanginya dengan kata-kata tuduhan dan provokasi bahawa mereka sudah ketinggalan zaman, tidak berfikir dan tidak pandai menggunakan teknologi terkini, sedangkan pihak lawan sudah jauh lebih maju.

Situasi Pemimpin B
Dalam konteks "Pemimpin Yang Baik"; Pemimpin B mengalami situasi yang sama dengan pemimpin A.  Berhadapan dengan stafnya yang tidak produktif. Mereka juga tidak berkembang dari aspek kemajuan kerjaya dan kualiti diri. Pemimpin B tidak merasa tertekan, sebaliknya duduk berfikir untuk mencari jalan penyelesaian bagaimana staf bawahannya boleh berubah menjadi maju. Dia berfikir bahawa menjadi tugas dan tanggungjawabnya untuk mencari jalan penyelesaiannya.

Tindakan Penyelesaian Positif
Pemimpin B, merancang mengadakan satu kursus pembangunan staf.  Dia sendiri mahu mengubah staf bawahannya ke arah kemajuan dan perubahan yang diingininya selaras dengan perubahan serta keperluan zaman sekarang.

Moralnya.
Perbandingan kedua-dua pemimpin; Pemimpin A tidak berfikir dan tidak merancang apa yang patut dilakukannya untuk memperbaiki kelemahan dalam organisasinya.  Dia mahu orang bawahannya sendiri sedar dan berfikir untuk memajukan diri mereka.

Sebaliknya, bagi pemimpin B, dia yang duduk bertafakkur dan berfikir panjang, apa yang patut dilakukannya untuk menyelesaikan masalah dalaman organisasinya. Keputusannya untuk mengadakan kursus perkembangan staf adalah satu contoh pemimpim bertindak "memimpin" orang bawahannya ke arah kemajuan.

Sedangkan, bagi pemimpin A, dia tidak bertindak memimpin orang-orangnya, sebaliknya dia menyerahkan kepada orang bawahannya sendiri untuk masing-masing mencari penyelesaian. Tindakannya menyebarkan sms yang bersifat provokasi akhirnya menyebabkan orang bawahannya merasa marah kerana dituduh ketinggalan zaman dan menyebabkan mereka semakin tidak memberi kerjasama dan tidak menyokong pemimpin A.

Pengajarannya
Jangan fikiir anda ada kuasa maka anda gunakan kemarahan untuk mendidik orang lain supaya berubah.  Sebaliknya, gunakanlah akal untuk berfikir apa yang anda boleh lakukan untuk membawa perubahan seperti mana yang anda inginkan.